Kiamat Semakin Hampir

Product Code: ARQBK0004
Availability: In Stock
Price: RM49.00

Kiamat Semakin Hampir

Kitab An-Nihayah Fil Fitan Wa Malahin karya Ibnu Katsir ini di ketagorikansebagai kitab lama yang paling baik dalam mengulas permasalahan tanda-tanda hari kiamat dan berbagai fitnah.

Kebanyakan manusia berpaling dari kehidupan akhirat kepada kehidupan dunia, melupakan tugas-tugas mereka yang sebenarnya, serta melupakan tujuan akhir hidup mereka. Selain itu, mereka lupa akan kematian dan kehidupan selepasnya.

Mereka juga belum mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan untuk menghadapi hari itu(kiamat). Janganlah kita lalai dan leka sehingga terpedaya dengan kehidupan duniawi sahaja sehingga datangnya saat kematian. Setelah kematian kesemua kebenaran yang selama ini dilupakan atau berpura-pura lupa akan dihitungkan kesemuanya. Mereka akan menyesal di mana pada saat itu sudah tidak ada gunanya lagi sesuatu penyesalan.

“Apabila berlaku hari kiamat itu,tidak ada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). Ia berlaku semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. Dan gunung ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya. Lalu menjadilah ia debu yang bertaburan"
(Surah Al Waqi’ah (56) : 1-6)
 

Semenanjung Malaysia RM 49.00
Sabah/Sarawak RM54.00