Mohon PadaNYA

Product Code: ARQBK0002
Availability: In Stock
Price: RM30.00

USTAZ SHARHAN SHAFIE - AHLI PANEL TV9 HALAQAH, AL-KULIYYAH, MHI DAN WANITA HARI INI

Ustaz Sharhan Shafie berasal dari Kampung Ayer Merah, Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ugama (A) Syamsul Maarif, Pulai Chondong, Kelantan.

Telah menyambung pengajian tinggi di Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab selama tiga tahun. Semasa di KUSZA beliau juga pernah diamanahkan sebagai Naib Presiden Dewan Tertinggi Pelajar.

Pengajian diteruskan di Universiti Al-Azhar Khaherah Mesir dalam jurusan Bahasa Arab selama tiga tahun. Semasa menuntut di sana beliau mendalami ilmu perubatan Islam dengan tokoh terkemuka iaitu Sheikh Wahid Abdul Salam Bali, pengarang kitab Wiqayatul Insan Minal Jin Wa Syaitan.