Latest

Kenali Pengasas

Latar Belakang Pengasas Al Ruqyah Thobibi

YH Dato" Ustaz Sharhan bin Safie, berasal dari Kg Air Merah Machang Kelantan, mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Air Merah dan kemudian menyambung pengajian menengahnya di Sekolah Menegah Arab (Agama) Shamsul Maarif Pulaichondong/Labok Kelantan.

Menyambng pengajian tingginya di kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab selama tiga tahun. Di Kusza, beliau pernah diamanahkan sebagai naib Presiden Tertinggi Pelajar.

Pengajiannya di teruskan ke Universuti Al Azhar, Kaherah, Mesir selma tiga tahun. Semasa menuntut di sana, beliau memeperdalamkan lagi ilmu perubatan Islam dengan tokoh yang terkenal iaitu Syeikh Wahid Abd Salam Bali dan mendapat ijazah pengiktiran setelah menjalani praktikal dengan syiekh Wahid. Beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat saujana muda  di institut Agama Islam Negari Kedah (INSANIAH) .

Beliau melibatkan diri di dalam perubatan islam ini sejak di bangku sekolah lagi. Melalui ilmu dan pengalaman beliau maka tertubuhkan Pusat Rawatan Islam Al Ruqyah Thobibi ini.

Beliau juga kini adalah sebagai Exco Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan merupakan Ahli Panel TV9 Halaqah, Al-Kuliyyah, MHI dan Wanita Hari Ini.